Tuesday 20 March 2012

Pengenalan


Pengenalan,

Fitrah kehidupan manusia tidak ada dunia perseorangan sejak dari dalam kandungan Ibu, Selepas dilahirkan kedunia, diperingkar bayi dan kanak-kanak sampai kealam persekolahan, berkahwin dan masyarakat, sangat memerlukan bantuan pertolongan, kerjasama, kasih sayang dan belas ehsan satu sama lain, tidak ada tempat untuk hidup secara berseorangan, bahkan setelah jasad terbujur tidak bernyawa, masih memerlukan bantuan dan pertolongan orang ramai untuk dikebumikan. Begitulah didalam masyarakat atau warga pekerja-pekerja yang mendapat pekerjaan didalam agensi kerajaan, firma swasta, memerlukan pembelaan bagi kadar bayaran upah bekerjayang munasabah.

Syarat-syarat Perkhidmatan yang selesa dan sewajarnya, dan perkara-perkara kebajikan dan kesihatan semasa bekerja dan kehidupan setelah bersara, tidak boleh dilakukan secara perseorangan, semuanya memerlukan perjuangan dan tindakan secara berpakat ataupun Berpesatuan!.

Apa itu kesatuan sekerja??

-         Pertubuhan Pekerja-pekerja yang Demokratik.
-         Ditubuhkan Oleh Pekerja-pekerja.
-         Dianggotai dan dipimpin Oleh Pekerja-pekerja.
-         Berjuang dan bertindak untuk kebajikan, kesejahteraan dan keselesaan Pekerja-pekerja.

Hak untuk menubuhkan dan menjadi Ahli Kesatuan Sekerja.

Diberi dan dijamin oleh:

-         Dalam Negara.
-         Artikel 10 (c) Perlembagaan Negara Malaysia-“semua warga negara mempunyai hak untuk menubuhkan Persatuan-persatuan.”
-         Akta Kesatuan Sekerja dan peraturan-peraturan Kesatuan Sekerja 1959.
-         Akta Perhubungan Perusahaan.
-         Perlembagaan Kesatuan.

Antarabangsa

-         Konvesyen No. 87 (1948) – Kebebasan Berpesatuan dan perlindungan keatas Hak untuk Bersatu (Freedom of Association and Protection of the Right to Organise).
-         Konvensyen No. 98 (1949) – Hak untuk berpesatuan dan Tawar – Menawar Bersama (Right to Organise and collective bargaining).


Komponen Demokrasi Berparlimen.

Kesatuan Sekerja bebas dan demokrasi adalah satu komponen bagi negara yang mengamalkan pemerintahan secara Demokrasi Berpalimen. Ketiadaan kesatuan secara bebas dan demokratik, mencacatkan sistem demokrasi berparlimen..


Kerugian

Jadi rugilah, jika seseorang pekerja yang diberi hak oleh Perlembagaan dan Undang-undang Negara dan Peraturan Antarabangsa tidak menggunakan haknya itu untuk menubuhkan dan menjadi Ahli kesatuan Sekerja, dan memperjuangkan hak-haknya sebagai pekerja secara secara beramai-ramai melalui kesatuan sekerja.

Beruntung

Pekerja-pekerja didalam Jabatan Perhutanan Negeri-negeri didalam Semenanjung Malaysia bernasib baik kerana Pemimpin-pemimpin yang terdahulu telah menyediakan satu kesatuan yang telah sedia tersusun didalam 9 cawangan-cawangan, ada pejabat pentadbiran dan harta bangunan. Beruntung kerana ada kesinambungan pemimpin-pemimpin yang mahu bersusah payah dan menawarkan diri untuk berkorban masa, manyumbang tenaga dan khidmat bakti kepada kesatuan.


BILANGAN KESATUAN SEKERJA (2008)


Sektor
Bilangan
JumlahAhli
SektorAwam
130
305,606
BadanBerkanun
92
65,726
Swasta
407
431,457
Jumlah
627
802,789
Majikan
13
673
JumlahSemua
642
803,462


PUSAT KEBANGSAAN KESATUAN SEKERJA MALAYSIA

Sektor Awam - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Didalam Perkhidmatan Awam (Congres
of Unions of Employees in Public and Civil Services) CUEPACS. Jumlah Kesatuan-kesatuan Gabungan CUEPACS sekarang 123.

Sektor Swasta - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (Malaysian Trade Unions Congres) MTUC.

PERJUANGAN KESATUAN

Hasil dari perjuangan Kesatuan ini dan CUEPACS sama ada mengenai Gaji, Elaun-elaun, Bonus, Faedah Bersara dan Iain-lain yang telah dan sedang dinikmati juga oleh scmua Renjer Hutan, Pengawas Hutan, PAK (Pekerja Hutan dan Pemandu InjinSangkut Jabatan Hutan-P1SJH) didalam semua negeri-negeri, tetapi bilangan yang tclah masuk menjadi Ahli-ahli Kesatuan ini sebagaimana perangkaan dibawah ini tidak sampai 50%. Yang belum menjadi
ahli cuma raemakan hasil dari perjuangan orang lain ('Pak Sanggup'). Keadaan itu mungkin disebabkan oleh kelemahan pemimpin-pemimpin yang tidak berusaha memberi penerangan.





Negeri
Renjer Hutan
Pengawas
Hutan
PAK
Jumlah
Telah
JadiAhli
Kesatuan
Belum
Jadi
Ahli
Johor
21
172
71
264
199
65
Kedah
12
112
223
347
128
219
Perlis
1
9
20
30
23
7
PulauPinang
5
10
40
55
13
42
Kelantan
22
195
291
508
242
266
Melaka
3
19
27
49
46
3
NegeriSembilan
8
104
133
245
106
139
Pahang
53
447
752
1,252
582
670
Perak
27
289
330
646
257
389
Selangor
12
94
192
298
172
126
WilayahPersekutuan
8
32
4
44
13
31
Terengganu
25
284
470
779
382
397
Jumlah
197
1,767
2,553
4,517
2,163
2,354


Berapa ramai Pengawas Hutan, dan PAK (Pekerja Hutan & PISJH) didalam Renj/Unit sdr/sdri. yang belum menjadi Ahli Kesatuan ini ?.

Sdr/sdri. sendiri yang dapat menjawab soalan itu dan jawapan itu menjadi cabaran kepada sdr/sdri. untuk berasaha menarik rakan sejawat yang belum jadi ahli kesatuan untuk segera mendaftar.

No comments:

Post a Comment