Tuesday 20 March 2012

SEJARAH RINGKAS KPHMSM


SEJARAH RINGKAS KPHMSM

BERMULA DARI PERSATUAN

Sejarah pegawai-pegawia hutan bcrpakaian seragam, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, bersatu bermula dari tahun 1940, iaitu didalam pertubuhan yang dinamakan Persatuan Pegawai-pegawai Hutan Melayu Jawatan Rendah, Semenanjung Tanah Melayu yang ditubuhkan didalam tahun 1940 dan didaftarkan dibawah Ordinan Persatuan dengan Pendaftaran No. 388 dibawah naungan Director of Forestry sebagai satu pertubuhan untuk pegawai- pegawai hutan berpakaian seragam dan Anak- Perahu Hutan bersatu dan berjuang bagi memperbaiki syarat-syarat perkhidmatan, pekerjaan dan kebajikan mereka. Cogan kata Persatuan itu ialah "Bersatu Kita Tegap, Berpecah Kita Ranap". Kadar yuran RM1.00 seorang setahun. Undang- undang Persatuan dicetak didalam tulisan jawi.

W1RA/JAGUH

Mengikut sumber-sumber raaklumat yang dapat saya kurapulkan, pengasas-pengasas Persatuan pada masa itu termasuklah Allahyarham Sdr. Hj. Mahmud bin Ali BEM atau lebin terkenal dengan panggilan Cikgu Mahmud atau Ayah Mud, Allahyarham Sdr. Hj. Hamzah bin Dahaman, Allahyarham Sdr. Abd. Hamid bin Rantau, Allahyarham Sdr. Mohamad bin Abdullah, Allahyarham Sdr. Arop bin Achik, Allahyarham Sdr. Sabeh, Allahyarham Sdr. Hj.
 Mohamad bin Seh Ali PPN dan Allahyarham Sdr. Kantan bin Bachik.Sementara pcmimpin-pemimpin lapisan kedua termasuk Allahyarham Sdr. Hj.Shaari bin Rashid, Allahyarham Sdr. Hj. Abu Hassan, Sdr. Hj. Itam bin  Atong, Allahyarham Sdr. Hj. Shamsuddin bin Mohd. Isa, Allahyarham Sdr.Abd. Kadir bin Jamaluddin. Allahyarham Sdr. Dato' Hj. Othman bin Nordin, Allahyarham Sdr. Endut bin Shamsuddin dan Allahyarham Sdr. Hj. Ramli bin Mat Selan, dan Allahyarham Sdr. Hj. Mohamad bin Tain dan Iain-lain lagi. Saya memohon maaf jika ada lagi nama-nama yang ketinggalan kerana tidak dapat saya kesan. Mereka yang tersebut diatas itu boleh dinobat sebagai wira-wira Kesatuan ini dan Jaguh Pegawai-pegawai Hutan Berpakaian Seragam.

JASA PERSATUAN

Didalam keadaan yang serba kekurangan pada masa itu dan tekanan dari Pegawai-pegawai Penjajah British yang tidak suka kemahuan mereka diganggu oleh Persatuan dan British yang terkenal dengan dasar pecali belah dan perintah (devide and rule); tetapi dengan keazaman yang kuat dan semangat yang berkobar-kobar ingin membela nasib pekerja-pekerja yang
sebangsa dan seagama, serta kepercayaan kepada diri yang teguh (jati diri).Wira-wira dan Jaguh-jaguh Persatuan itu telah melalui segala rintangan dan menempuh segala dugaan bagi menyatupadukan Ahli-ahli dan menegakkan Persatuan itu. Mereka telah berjaya mengumpulkan hampir semua rakan- rakan sejawat mereka seramai lebih kurang 500 orang, dan diakui oleh Pemerintah sebagai jurucakap tunggal bagi pihak Ahli-ahli yang terdiri dari
 jawatan Anak Perahu (Forest Boatman) hinggalah ke Renjer Hutan Gred 1 (Forest Ranger Special Gred). Jasa dan khidmat bakti mereka didalam usaha- usaha dan perjuangan membela dan memperbaiki nasib, syarat pekerjaan dan kebajikan Ahli-ahli dari segi gaji, elaun, rumah jabatan, pakaian seragam dan Iain-lain sangatlah banyak, khasnya peranan mereka semasa Laporan Suruhanjaya Gaji Benham dikeluarkan didalam tahun limapuluhan.



RUMAH PERSATUAN

Dengan usaha dan pengorbanan mereka juga sebuah Rumah Persatuan yang cornel dan serba sederhana telah dapat didirikan di Institut Penyelidikan Hutan Kepong (FRIM) didalam tahun 1950 dan dilengkapkan dengan perabut dan alat-alat pejabat. Pada masa itu bangunan Persatuan itu menjadi satu daripada bangunan yang boleh dikatakan indah di I.P.P Kepong.

PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI

Bagi menyesuaikan dengan kemajuan dan kehendak perubahan masa dan keadaan, maka hayat Persatuan Pegawai-pegawai Hutan Melayu Jawatan Rendah, Semenanjung Tanah Melayu terpaksa ditamatkan didalam tahun 1959 apabila Kerajaan membenarkan penubuhan Kesatuan Sekerja mengikut Ordinan Kesatuan Sekerja 1959 selepas negara mencapai kemerdekaan pada 31Ogos l957.

Tugas dan perjuangan Persatuan itu tidak putus. Tugas dan perjuangannya diambilalih dan diteruskan oleh Kesatuan Pegawai-pegawai Hutan Melayu Semenanjung Tanah Melayu yang ditubuh dan didaftarkan dibawah Ordinan Kesatuan Sekerja 1959 pada 19.12.1960 dengan Nombor Pendaftaran 228 atas  nama Kesatuan Pegawai-pegawai Hutan Melayu Se Malaya (KPHMS) dan diubah kepada nama "Malaysia Barat" atau KPHMMB didalam tahun 1963
 apabila Malaysia ditubuhkan dan seterusnya "Semenanjung Malaysia" atau KPHMSM.

Perjalanan Kesatuan yang baru ditubuhkan itu tidak mengalami sebarang kesukaran kerana dilaja dan dipimpin oleh pemimpin veteran yang terdiri dari Allahyarham Sdr. Hj. Ramli bin Mat Selan, Allahyarham Sdr. Hj. Mohamad bin Sell AH, Allahyarham Sdr. Abd. Kadir bin Jamaluddin, Allahyarham Sdr, Hj. Shamsuddin bin Mohd. Isa, Allahyarham Sdr. Dato' Hj. Othman bin Nordin, Allahyarham Sdr. Hj. Mohamad bin Tain dan Allahyarham Sdr. Hi.
Shaari bin Rashid dan Iain-lain.

KEAHLIAN KESATUAN

Semasa Kesatuan ditubuhkan, keahliannya telah meningkat kepada 800 orang. Untuk meluaskan keahlian dan menyatupadukan semua peringkat pegawai- pegawai dan pekerja-pekerja berpakaian seragam didalam Jabatan Hutan, didalam tahun 1969 Perlembagaan Kesatuan ini telah dipinda bagi memasukkan jawatan Buruh Hutan iaitu Buruh Hutan Tetap, Juruhutan dan Ketua Juruhutan (mulai 1.9.1985 jawatan itu disusun semula menjadi Pekerja
Hutan Gred II dan Pekerja Hutan Gred G I) sekarang Pekerja Awam Khas atau PAK didalam keahlian KPHMMB. Dari tarikh itu hingga sekarang KPHMSM mewakili keahlian yang terdiri dari jawatan Pekerja Hutan (PAK), Pemandu Injin Sangkut (dulu Anak Perahu Hutan), Pengawas Hutan dan Renjer Hutan seramai lebih kurang 2,500 orang didalam sepuluh cawangan iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Kedali/Perlis/Pulau Pinang,
Kelantan, Terengganu, Johor, Melaka dan Kepong. Didalam tahun 1994 apabila FRIM diletakkan dibawah Badan Berkanun, Cawangan Selangor dan Cawangan Kepong disatukan menjadi Cawangan Selangor/Wilayah Persekutuan, dengan itu KPHMSM mempunyai sembilan (9) cawangan.





HASIL PERJUANGAN

Didalam tempoh 48 tahun yang lepas, KPHMSM telah merasai pahit dan manis dalam menempuh peristiwa-peristiwa yang bersejarah didalam usaha- usaha memperbaiki nasib dan kebajikan ahli-ahlinya. Perjuangannya telah membawa banyak hasil kejayaan dan perubahan kepada ahli-ahli khasnya seperti gaji, elaun, skim perkhidmatan dan perubahan pakaian seragam dan kaum pekerja didalam sektor awam amnya, jika hendak disenaraikan satu
persatu mengambil ruangan yang banyak. Kejayaan yang terbesar dan sukar hendak dilupakan oleh seluruh ahli-ahli yang lepas dan yang masih ada sekarang ialah kejayaan mendapatkan beberapa perubahan gaji untuk ahli-ahli selepas pelaksanaan Laporan Suruhanjaya Benham seperti dibawah ini.

PERMOGOKAN

Pertama hasil dari tuntutan gaji yang telah membawa kepada permogokan oleh 1,000 orang Ahli-ahli Kesatuan ini didalam seluruh negeri-negeri di Semenanjung Malaysia selama 36 hari dari 16 September hingga 21 Oktobcr 1965 iaitu permogokan yang paling lama sekali pernah berlaku didalam sejarah perkhidmatan awam negara ini, setelah semua usaha dan
ikhtiar bagi mencari penyelesaian kepada tuntutan gaji itu melalui perundingan dengan pemimpin-pemimpin Kerajaan pada masa itu iaitu Allahyarham Tuan Hj. Mohd. Alwi bin Sulaiman, selaku Ketua Pengarah Perhutanan, Yang Mulia Allahyarham Tan Seri Tengku Mohammad bin Tengku Besar Burhanudin, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Malaysia,
Y.B. Encik (sekarang Tun) Abd. Rahman Yaakob, Menteri Tanah dan Galian, Malaysia, Y.A.B. Allahyarham Tun Abd. Razak bin Dato' Hussein, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Almarhum Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, Perdana Menteri Malaysia gagal dan menemui jalan buntu. Kerajaan menolak tuntutan perubahan gaji dari Kesatuan ini dengan alasan bahawa Kerajaan telah menubuhkan Suruhanjaya Gaji Suffian untuk mengkaji dan menyelesaikan tuntutan-tuntutan gaji didalam sektor awam. Permogokan itu berakhir dengan kejayaan mendapat perubahan gaji baru mulai dari 1.1.1965 mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6/1966 kepada Penjaga Hutan, Pengawas Hutan dan Renjer Hutan sebanyak lebih kurang 30 % sctiap gred. Tindakan perusahaan itu juga telah memecahkan rekod permogokan yang  paling lama didalam sektor awam di negara ini dan memaksa Kerajaan meminda dasar dan keputusannya dan bersetuju menyelesaikan tuntutan gaji Kesatuan itu dan tambahan gaji sementera kepada semua pekerja-pekerja Kumpulan IMG dan Bahagian IV sebanyak RM12.50 sebulan dalam masa Suruhanjaya Gaji Suffian sedang berjalan. Pemimpin, Jurucakap dan Jawatankuasa Bertindak Pusat bagi pihak seluruh ahli-ahli dalam masa permogokan itu ialah Allahyarham Sdr. Hj. Shatnsuddin bin Mohd. Isa (Yang Di Pertua), Allahyarham Sdr. Hj. Mohamad bin Seh Ali (Naib Yang Di Pertua), Allahyarham Sdr. Hj. Ramli bin Mat Selan (Bendahari Agung), Allahyarham Sdr. Dato' Hj. Othman bin Nordin (Ahli Jawatankuasa Agung Terengganu) dan Sdr. Hj. Jamaluddin bin Mohd. Isa (Setiausaha Agung). Semasa dipilih menjadi Setiausaha Agung pada 17.4.1964, Sdr. Hj.          Jamaluddin berjanji untuk berjuang menaikkan gaji ahli-ahli walaupun RM1.00.








PELAKSANAAN LAPORAN SUFFIAN

Selepas itu ahli-ahli Kesatuan ini juga mendapat perubahan gaji yang kedua hasil dari perjuangan menuntut pelaksanaan Laporan Suruhanjaya Gaji Suffian mulai dari 1.5.1969 bagi Pekerja-pekerja Bahagian IV dan IMG dan 1.1.1970 bagi Pegawai-pegawai Hutan, dan meletakkan semua jawatan ahli- ahli Kesatuan ini didalam jawatan tetap dan berpencen. Sebelum itu hanya jawatan Renjer Hutan saja jawatan berpencen. Perubahan-perubahan gaji
seterusnya diperolehi dari perjuangan menuntut pelaksanaan Laporan Suruhanjaya Gaji Ibrahim Ali yang membawa kepada Kerajaan membuat dan melaksanakan Laporan Jawatankuasa Kabinet Pertama dan Kedua.

SKIM PERKHIDMATAN

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) telah mengambil langkah meminda skim perkhidmatan asal yang telah berjalan semenjak Gaji Benham.Perundingan keatas pindaan skim perkhidmatan Pengawas/Renjer Hutan yang dicadangkan oleh JPA bermula dalam bulan Mac 1973, melalui Tuan Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, juga telah membawa hasil yang berfaedah kepada ahli-ahli. Skim Perkhidmatan Pengawas/Renjer Hutan baru telah dikeluarkan dan dilaksanakan mulai 15.10.1974 membawa perubahan-            perubahan yang besar keatas perjawatan pegawai-pegawai berpakaian seragam dan mengubah sistem latihan di Sekolah Perhutanan Kepong. Skim itu menghapuskan jawatan Penjaga Hutan (Forest Guard), dan semua Penjaga-penjaga Hutan yang ada pada masa itu seramai 468 orang yang belum memiliki sijil lulus kursus Sekolah Perhutanan Kepong telah diserapkan
kedalam jawatan Pengawas Hutan Tingkatan II dengan perubahan gaji sekali.

Husin bin Omar dan Sdr. Abd. Ghafar bin Yob Abd. Ghani. Saksi bagi pihak Kerajaan ialah Tuan (sekarang Dato') Mohd. Darus bin Hj. Mahmud, masa itu Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan, Semenanjung Malaysia. Keputusan Tribunal mengenai kes itu telah dikeluarkan
pada 28 Ogos 1986. Alhamdulillah keputusan itu memberi kejayaan kepada Kesatuan ini. Tribunal bersetuju memberi skil berasingan kepada Pengawas Hutan Tingkatan II (Biasa) D 10 dan Pengawas Hutan Tingkatan I (Kanan) D 3 mulai 1.1.1976 dan gaji                kebelakangan mulai 1 Jun 1985. Pengawas-pengawas Hutan Tingkatan I yang telah meningkat secara automatik kejawatan itu pada dan selepas 15.10.1974 yang layak,
Mahkamah syorkan kepada Kerajaan supaya menaikkan mereka kejawatan Pengawas Hutan Tingkatan Kanan D 3  mengikut skim perkhidmatan baru yang berkuatkuasa  mulai 1.4.1984.

PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN PENGAWAS/RENJER HUTAN

Tindakan JPA meminda skim-skim perkhidmatan semua jawatan-jawatan didalam                  perkhidmatan awam, supaya sesuai dengan dasar dan prinsip Laporan Jawatankuasa Kabinet, termasuk skim- skim perkhidmatan Pengawas Hutan, Renjer Hutan dan Buruh Hutan. Kesatuan ini bernasib baik mendapat peluang campur tangan dan mengambil bahagian didalam  perbincangan-perbincangan dengan pihak Dato' Ketua Pengarah Perhutanan, Semenanjung Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) keatas rang
skim-skim perkhidmatan itu.




Hampir empat tahun Kesatuan ini berbincang dengan pihak Ketua Pengarah Perhutanan dan JPA keatas empat rang-rang skim perkhidmatan itu iaitu rang pertama diterima pada 7.12.1979, rang kedua diterima pada 30.6.1982, rang ketiga pada 23.8.1982 dan keempat pada                   23.11.1983. Akhirnya mesyuarat perwakilan dua tahun sekali Kesatuan ini yang telah diadakan di Kuantan dari 9 hingga 11 Disember 1983 telah bersetuju menerima rang                 skim perkhidmatan Pengawas Hutan dan Renjer Hutan yang keempat itu dan rang skim perkhidmatan Pekerja Hutan; sebagai tolak ansur yang terakhir, dan kerana  harapan untuk mempertahankan skim perkhidmatan yang  lepas itu sangat tipis.

Dengan itu skim perkhidmatan Pengawas Hutan dan Renjer Hutan yang baru telah ikeluarkan oleh JPA pada 12.4.1984 dan berkuatkuasa mulai 1.4.1984, dengan skil- skil gaji Pengawas-pengawas Hutan Tingkatan Biasa D10, mengujudkan jawatan Pengawas Hutan Tingkatan                   Kanan D 3, Renjer-renjer Hutan Tingkatan Biasa C 10, Tingkatan Kanan C 3 dan Tingkatan Tertinggi C 1. Keluar bersama-sama dalam satu surat dengan skim-skim                 perkhidmatan Pengawas dan Renjer Hutan ialah skim- skim perkhidmatan Pemelihara Hutan Gred 1 skil A 19, A 11, A 10, Ahli Ekonomi Hutan skil A 20, A 11, A 10, Penolong Pemelihara Hutan B8, B 3 dan Pengajar Membalak C 14, C 6 dan C 3.

SKIM PERKHIDMATAN PEKERJA HUTAN

JPA juga telah mengeluarkan skim perkhidmatan Pekerja Hutan pada 28.1985 berkuatkuasa mulai 1.9.1985. Skim perkhidmatan yang baru itu Kerajaan bersetuju menyusun                semula jawatan Buruh Hutan, iaitu Buruh Am (Hutan) D 47, dan Buruh Hutan D 44 disatukan kedalam jawatan Pekerja Hutan Gred II D 44, dan Juruhutan D 43 dengan Ketua Juruhutan D 42 disatukan kedalam jawatan Pekerja  Hutan Gred I D 42. Kejayaan itu bukan saja membawa                  perubahan kepada Buruh Hutan. Juruhutan dan Ketua  Juruhutan, tetapi tuntutan kita supaya Buruh Am (Hutan)  diserapkan kedalam jawatan Pekerja Hutan juga telah  berjaya.

CABARAN

Cabaran kepada Kesatuan ini tidak berhenti disitu saja, ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan dari Iawatan akhir hendak bersara keseluruh negara,berkempen untuk memutar-belitkan hakikat yang sebenarnya mengenai pengeluaran skim-skim perkhidmatan itu dengan tujuan supaya ahli-ahli membenci kepada Kesatuan ini dan menghentikan                 pertolongan pungutan yuran ahli-ahli melalui potongan gaji di pejabat. Hakikat yang sebenarnya bahawa sama ada kita suka atau tidak, kita mahu terima atau tidak, JPA                  telah diarahkan oleh Kerajaan supaya meminda semua skim-skim perkhidmatan supaya sesuai dengan dasar dan prinsip Jawatankuasa Kabinet yang telah kita terima pelaksanaan skil gajinya; dan meminda, mengubahsuai  dan mengeluarkan skim perkhidmatan baru adalah                  menjadi hak asasi Kerajaan dan Ketua Jabatan, sengaja   dilindungkan.

Kesatuan ini terus mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan pihak JPA dan Y. Bhg. Dato' Mohd. Darus bin Hj. Mahmud, Ketua Pengarah Perhutanan yang baru mengenai perkara-perkara yang berbangkit dari pelaksanaan skim perkhidmatan baru itu,                 khasnya mengenai masalah peperiksaan dan masalah  Pemandu Injin Sangkut. Dengan pertolongan, jasa baik  dan ehsan Y. Bhg. Dato' Ketua Pengarah Perhutanan  yang baru, satu buku teks mengenai subjek peperiksaan I, II, III dan IV telah siap disusun oleh Unit Latihan                               Perhutanan Kepong, dan Kesatuan ini mengambil tugas dan tanggungjawab mencetak buku teks itu dan mengedarkan kepada ahli-ahli. Jabatan juga bersetuju  mengadakan kursus-kursus pendek didalam negeri-negeri untuk ahli-ahli yang menghadapi peperiksaan.
PERBICARAAN TRIBUNAL PERKHIDMATAN  AWAM KEDUA

Dibawah skil gaji SSB mulai 1.1.1992 PAK Pemandu Injin Sangkut Jabatan Hutan (PISJH) diberi skil gaji berbeza dengan PAK (Pekerja Hutan) iaitu PAK (Pekerja                             Hutan) skil gaji R 10 dan R 9 skil gaji Pekerja Mahir dan PISJH gaji R 11 dan R 10 skil gaji Pekerja SeparuhMahir.
Kesatuan ini tidak bersetuju dan mengemukakan permohanan kepada Tribunal Perkhidmatan Awam meminta supaya PISJH juga hendaklah diberi skil gaji Pekerja Mahir iaitu R 10 dan R 9.
Kes Tribunal Perkhidmatan Awam No. 21/1996 telah selesai dan berjaya diperingkat rundingan dengan JPA Bahagian Perundingan.
Dengan kejayaan itu Kerajaan telah bersetuju meletakkan PISJH dalam skil gaji Pekerja Mahir iaitu R 10 dan R 9 (sekarang dibawah SSM R 6 dan R 3) berkuatkuasa                               mulai 25.11.1997 (sekarang R 3 dan R 6).

SKIM PERKHIDMATAN

Didalam masa 48 tahun yang lepas, Kesatuan ini telah terlibat didalam            perbincangan/perundingan/perbicaraan di Tribunal Perkhidmatan Awam bagi  skim-skim perkhidmatan Pengawas dan Renjer Hutan seperti dibawah ini :-

                 (1)   Suruhanjaya Gaji Di Raja Suffian berkuatkuasa mulai 15.10.1974.
                 (2)   Jawatankuasa Kabinet Pertama berkuatkuasa mulai 1.4.1984.
                 (3)   Pindaan Skim Perkhidmatan berkuatkuasa mulai 1.10.1990.
                 (4)   Sistem Saraan Baru (SSB) berkuatkuasa mulai 1.1.1995.
                 (5)   Sistem Saraan Malaysia (SSM) berkuatkuasa mulai 1.7.2004 dan
                        pindaan melalui Pckeliling Perkhidmatan Bil. 36 Tahun 2005 bagi
                        Pengawas Hutan dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2006
                        bagi Renjer Hutan, kedua-dua pindaan itu berkuatkuasa mulai
                        1.7.2004.




















PAKAIAN SERAGAM

Atas inisiatif Kesatuan ini, didalam tahun 1969 Kesatuan ini telah berjaya mendapat kelulusan dari Ketua Pengarah Perhutanan, Semenanjung Malaysia bagi menukar jenis kain pakaian seragam Renjer Hutan, Pengawas Hutan dan Penjaga Hutan kepada jenis kain                    lembut warna kuning jenis "Tetron Viscose" iaitu perabahan dari kain keras warna kuning yang telah dipakai semenjak penubuhan Jabatan Perhutanan dalam tahun 1901.
Mulai 13 Oktober 2001 bersempena dengan Perayaan 100 tahun penubuhan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, juga atas inisiatif Kesatuan ini sekali lagi berjaya secara rasmi menukar jenis kain pakaian seragam Renjer  Hutan, Pengawas Hutan dan PAK (Pekerja Hutan dan PIS.TH) kepada jenis  kain yang lebih baik seperti berikut :-

                 (i) Baju Kemeja - Kain 'Polyester Viscose Plain' warna Kelabu
                      Perhutanan 147 cm Kod Kain NAV 127.
                 (ii) Seluar Panjang dan Bush Jaket @ Kain 'Polyester Viscose Twill'
                      warna Hijau Perhutanan 147 cm Kod Kain NAV 475.

KUMPULAN WANG KEBAJIKAN AHLI

Mulai dari bulan Oktober 1969, Kesatuan ini telah mengadakan Kumpulan- kumpulan Wang Pelajaran, Wang Kebajikan untuk Derma Biasiswa kepada anak ahli-ahli, Derma Kematian Ahli, Derma Sakit dan Derma Bersara untuk ahli-ahli.

BANGUNAN

Sungguhpun pemimpin-pemimpin Kesatuan ini sibuk dengan tugas-tugas rasmi dengan Kerajaan dan usaha-usaha bagi membaiki taraf hidup dan kebajikan ahli-ahlinya, mereka tidak lupa untuk membuat persiapan bagi memiliki sebuah bangunan Kesatuan yang baru. Kumpulan Wang Bangunan telah ditubuhkan dibawah satu peraturan yang didaftarkan oleh Tuan Pendaftar Kesatuan Sekerja Malaysia dalam bulan April 1975. Tiap-tiap ahli            membayar yuran bulanan sebanyak 25 sen untuk bangunan. Sekarang Kesatuan ini telah pun memiliki sebuah Bangunan Baru, rumah kedai dua tingkat di No. 69, Man 17, Desa Jaya, Kepong, Selangor Darul Ehsan berharga RM 65,000.00 dengan perabut didalam tahun 1975, dan telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Encik K.D. Menon, Bekas Ketua Pengarah            Perhutanan Semenanjung Malaysia pada 1 Mei 1977, mengganti bangunan  lama di I.P.P Kepong yang tapaknya diambil balik oleh Kerajaan untuk Bangunan Kelab Sukan FRIM dan Kantin. Hartanah bangunan pejabat sekarang bemilai RM 350,000.00.

KOPERASI

Pemimpin-pemimpin Kesatuan ini juga telah berusaha bagi membina dan meninggikan ekonomi dan masa depan ahli-ahli secara kolektif dan'sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit'. Sebuah Koperasi dengan nama Koperasi Pegawai-pegawai Hutan Melayu Malaysia Berhad atau 'Koop Perhutanan' telah ditubuhkan pada 24.3.1981 dan didaftarkan oleh Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia pada 15.12.1981 dengan No.Pendaftaran Koop Negara No.             56. Keahliannya terbuka kepada semua pegawai-pegawai dan pekerja-pekerja hutan Melayu yang sedang berkhidmat dan yang telah bersara. Satu saham berharga RM100.00. Sekarang Koop Perhutanan mempunyai ahli-ahli seramai lebih kurang 630 orang dengan modal saham berjumlah  RM250,000.00.

PERANAN KPHMSM DIPERINGKAT KEBANGSAAN DAN ANTARABANGSA

Nama Kesatuan ini bertambah harum dan terkenal didalam dan diluar negara.            Kebolehan dan kejujuran pemimpin-pemimpinnya diakui oleh seluruh Kesatuan-kesatuan Gabungan CUEPACS dan Kerajaan. Setiausaha  Agungnya, Sdr. Hj. Jamaluddin bin Mohd. Isa telah diberi kepercayaan dan penghormatan yang tinggi dipilih memegang jawatan Setiausaha Agung CUEPACS selama 19 tahun berturut-turut dari tahun 1967 hingga 1986 dan  Ahli Panel Mahkamah Perusahaan Malaysia dan Setiausaha Pihak Pekerja  Majlis Bersama Kebangsaan dan Lembaga Pengarah KWSP dari rahun 1979  hingga 1986. Beliau juga dilantik oleh Kerajaan Malaysia menjadi Wakil Pekerja Malaysia di Mesyuarat Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) di Geneva bagi tahun 1982, 1984 dan 1986. Allahyarham Sdr. Hj. Ismail bin Midarshah, bekas Yang Di Pertua Kesatuan ini telah dipilih memegang jawatan Naib Yang Di Pertua CUEPACS dari 1983 hingga 1986.

KPHMMB telah melangkah setapak lagi kehadapan di arena Kesatuan Sekerja             Antarabangsa setalah KPHMMB diterima masuk bergabung dengan International Federation of Building and Woodworkers atau ringkasnya IFBWW pada 17.10.1991 setelah mendapat kebenaran untuk bergabung dari Tuan Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja Malaysia pada 16 Ogos 1991.Sekarang IFBWW dan nama barunya Building And Woodworker            International atau BWI mempunyai 241 Kesatuan-kesatuan Gabungan dalam              106 negara-negara dan mewakili 11.7 juta ahli-ahlinya dalam sektor swasta  dan sektor awam. BWI beribu pejabat di Geneva, Switzerland. Sembilan orang pemimpm-pemimpin KPHMMB telah menghadiri Kongres Sedunia IFBWW Yang Ke-19 di The Hague Natherland dari 4 hingga 8 Oktober 1993 dan Kongres Sedunia Yang Ke-20 pada 3 hingga 5 September 1997 di Harare, Zimbabwe dan di Lille, Francis dari 6-10 Disember 2009. Sdr. Hj.              Jamaluddin bin Mohd. Isa pernah dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Perhutanan BWI.

1 comment:

  1. sy pun anak veteran 'forrest'..hihihi..lainkan kehidupan zaman forrest dulu...proud sgt2..

    ReplyDelete