Pengenalan,
Fitrah kehidupan manusia tidak ada dunia
perseorangan sejak dari dalam kandungan Ibu, Selepas dilahirkan kedunia,
diperingkar bayi dan kanak-kanak sampai kealam persekolahan, berkahwin dan
masyarakat, sangat memerlukan bantuan pertolongan, kerjasama, kasih sayang dan
belas ehsan satu sama lain, tidak ada tempat untuk hidup secara berseorangan, bahkan
setelah jasad terbujur tidak bernyawa, masih memerlukan bantuan dan pertolongan
orang ramai untuk dikebumikan. Begitulah didalam masyarakat atau warga
pekerja-pekerja yang mendapat pekerjaan didalam agensi kerajaan, firma swasta,
memerlukan pembelaan bagi kadar bayaran upah bekerjayang munasabah.
Syarat-syarat Perkhidmatan yang selesa dan
sewajarnya, dan perkara-perkara kebajikan dan kesihatan semasa bekerja dan
kehidupan setelah bersara, tidak boleh dilakukan secara perseorangan, semuanya
memerlukan perjuangan dan tindakan secara berpakat ataupun Berpesatuan!.
Apa itu kesatuan sekerja??
-
Pertubuhan Pekerja-pekerja yang
Demokratik.
-
Ditubuhkan Oleh Pekerja-pekerja.
-
Dianggotai dan dipimpin Oleh
Pekerja-pekerja.
-
Berjuang dan bertindak untuk
kebajikan, kesejahteraan dan keselesaan Pekerja-pekerja.
Hak untuk menubuhkan dan menjadi Ahli Kesatuan
Sekerja.
Diberi dan dijamin oleh:
-
Dalam Negara.
-
Artikel 10 (c) Perlembagaan Negara
Malaysia-“semua warga negara mempunyai hak untuk menubuhkan Persatuan-persatuan.”
-
Akta Kesatuan Sekerja dan
peraturan-peraturan Kesatuan Sekerja 1959.
-
Akta Perhubungan Perusahaan.
-
Perlembagaan Kesatuan.
Antarabangsa
-
Konvesyen No. 87 (1948) – Kebebasan Berpesatuan dan perlindungan keatas Hak untuk Bersatu
(Freedom of Association and Protection of the Right to Organise).
-
Konvensyen No. 98 (1949) – Hak untuk berpesatuan dan Tawar – Menawar Bersama (Right to Organise
and collective bargaining).
Komponen Demokrasi Berparlimen.
Kesatuan Sekerja bebas dan demokrasi adalah
satu komponen bagi negara yang mengamalkan pemerintahan secara Demokrasi
Berpalimen. Ketiadaan kesatuan secara bebas dan demokratik, mencacatkan sistem
demokrasi berparlimen..
Kerugian
Jadi rugilah, jika seseorang pekerja yang
diberi hak oleh Perlembagaan dan Undang-undang Negara dan Peraturan
Antarabangsa tidak menggunakan haknya itu untuk menubuhkan dan menjadi Ahli
kesatuan Sekerja, dan memperjuangkan hak-haknya sebagai pekerja secara secara
beramai-ramai melalui kesatuan sekerja.
Beruntung
Pekerja-pekerja didalam Jabatan Perhutanan
Negeri-negeri didalam Semenanjung Malaysia bernasib baik kerana
Pemimpin-pemimpin yang terdahulu telah menyediakan satu kesatuan yang telah
sedia tersusun didalam 9 cawangan-cawangan, ada pejabat pentadbiran dan harta
bangunan. Beruntung kerana ada kesinambungan pemimpin-pemimpin yang mahu
bersusah payah dan menawarkan diri untuk berkorban masa, manyumbang tenaga dan
khidmat bakti kepada kesatuan.
BILANGAN
KESATUAN SEKERJA (2008)
Sektor
|
Bilangan
|
JumlahAhli
|
SektorAwam
|
130
|
305,606
|
BadanBerkanun
|
92
|
65,726
|
Swasta
|
407
|
431,457
|
Jumlah
|
627
|
802,789
|
Majikan
|
13
|
673
|
JumlahSemua
|
642
|
803,462
|
PUSAT KEBANGSAAN KESATUAN SEKERJA MALAYSIA
Sektor Awam - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja
Didalam Perkhidmatan Awam (Congres
of Unions of Employees in Public and Civil
Services) CUEPACS. Jumlah Kesatuan-kesatuan Gabungan CUEPACS sekarang 123.
Sektor Swasta - Kongres Kesatuan Sekerja
Malaysia (Malaysian Trade Unions Congres) MTUC.
PERJUANGAN KESATUAN
Hasil dari perjuangan Kesatuan ini dan CUEPACS
sama ada mengenai Gaji, Elaun-elaun, Bonus, Faedah Bersara dan Iain-lain yang
telah dan sedang dinikmati juga oleh scmua Renjer Hutan, Pengawas Hutan, PAK
(Pekerja Hutan dan Pemandu InjinSangkut Jabatan Hutan-P1SJH) didalam semua
negeri-negeri, tetapi bilangan yang tclah masuk menjadi Ahli-ahli Kesatuan ini
sebagaimana perangkaan dibawah ini tidak sampai 50%. Yang belum menjadi
ahli cuma raemakan hasil dari perjuangan orang
lain ('Pak Sanggup'). Keadaan itu mungkin disebabkan oleh kelemahan
pemimpin-pemimpin yang tidak berusaha memberi penerangan.
Negeri
|
Renjer Hutan
|
Pengawas
Hutan
|
PAK
|
Jumlah
|
Telah
JadiAhli
Kesatuan
|
Belum
Jadi
Ahli
|
Johor
|
21
|
172
|
71
|
264
|
199
|
65
|
Kedah
|
12
|
112
|
223
|
347
|
128
|
219
|
Perlis
|
1
|
9
|
20
|
30
|
23
|
7
|
PulauPinang
|
5
|
10
|
40
|
55
|
13
|
42
|
Kelantan
|
22
|
195
|
291
|
508
|
242
|
266
|
Melaka
|
3
|
19
|
27
|
49
|
46
|
3
|
NegeriSembilan
|
8
|
104
|
133
|
245
|
106
|
139
|
Pahang
|
53
|
447
|
752
|
1,252
|
582
|
670
|
Perak
|
27
|
289
|
330
|
646
|
257
|
389
|
Selangor
|
12
|
94
|
192
|
298
|
172
|
126
|
WilayahPersekutuan
|
8
|
32
|
4
|
44
|
13
|
31
|
Terengganu
|
25
|
284
|
470
|
779
|
382
|
397
|
Jumlah
|
197
|
1,767
|
2,553
|
4,517
|
2,163
|
2,354
|
Berapa
ramai Pengawas Hutan, dan PAK (Pekerja Hutan & PISJH) didalam Renj/Unit
sdr/sdri. yang belum menjadi Ahli Kesatuan ini ?.
Sdr/sdri.
sendiri yang dapat menjawab soalan itu dan jawapan itu menjadi cabaran kepada sdr/sdri.
untuk berasaha menarik rakan sejawat yang belum jadi ahli kesatuan untuk segera
mendaftar.
No comments:
Post a Comment