SEJARAH RINGKAS KPHMSM
BERMULA DARI PERSATUAN
Sejarah pegawai-pegawia hutan bcrpakaian
seragam, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, bersatu bermula dari tahun
1940, iaitu didalam pertubuhan yang dinamakan Persatuan Pegawai-pegawai Hutan
Melayu Jawatan Rendah, Semenanjung Tanah Melayu yang ditubuhkan didalam tahun
1940 dan didaftarkan dibawah Ordinan Persatuan dengan Pendaftaran No. 388
dibawah naungan Director of Forestry sebagai satu pertubuhan untuk pegawai-
pegawai hutan berpakaian seragam dan Anak- Perahu Hutan bersatu dan berjuang
bagi memperbaiki syarat-syarat perkhidmatan, pekerjaan dan kebajikan mereka.
Cogan kata Persatuan itu ialah "Bersatu Kita Tegap, Berpecah Kita
Ranap". Kadar yuran RM1.00 seorang setahun. Undang- undang Persatuan
dicetak didalam tulisan jawi.
W1RA/JAGUH
Mengikut sumber-sumber raaklumat yang dapat
saya kurapulkan, pengasas-pengasas Persatuan pada masa itu termasuklah
Allahyarham Sdr. Hj. Mahmud bin Ali BEM atau lebin terkenal dengan panggilan
Cikgu Mahmud atau Ayah Mud, Allahyarham Sdr. Hj. Hamzah bin Dahaman,
Allahyarham Sdr. Abd. Hamid bin Rantau, Allahyarham Sdr. Mohamad bin Abdullah,
Allahyarham Sdr. Arop bin Achik, Allahyarham Sdr. Sabeh, Allahyarham Sdr. Hj.
Mohamad
bin Seh Ali PPN dan Allahyarham Sdr. Kantan bin Bachik.Sementara
pcmimpin-pemimpin lapisan kedua termasuk Allahyarham Sdr. Hj.Shaari bin Rashid,
Allahyarham Sdr. Hj. Abu Hassan, Sdr. Hj. Itam bin Atong, Allahyarham Sdr. Hj. Shamsuddin bin
Mohd. Isa, Allahyarham Sdr.Abd. Kadir bin Jamaluddin. Allahyarham Sdr. Dato'
Hj. Othman bin Nordin, Allahyarham Sdr. Endut bin Shamsuddin dan Allahyarham Sdr.
Hj. Ramli bin Mat Selan, dan Allahyarham Sdr. Hj. Mohamad bin Tain dan
Iain-lain lagi. Saya memohon maaf jika ada lagi nama-nama yang ketinggalan
kerana tidak dapat saya kesan. Mereka yang tersebut diatas itu boleh dinobat
sebagai wira-wira Kesatuan ini dan Jaguh Pegawai-pegawai Hutan Berpakaian
Seragam.
JASA PERSATUAN
Didalam keadaan yang serba kekurangan pada
masa itu dan tekanan dari Pegawai-pegawai Penjajah British yang tidak suka
kemahuan mereka diganggu oleh Persatuan dan British yang terkenal dengan dasar
pecali belah dan perintah (devide and rule); tetapi dengan keazaman yang kuat
dan semangat yang berkobar-kobar ingin membela nasib pekerja-pekerja yang
sebangsa dan seagama, serta kepercayaan kepada
diri yang teguh (jati diri).Wira-wira dan Jaguh-jaguh Persatuan itu telah
melalui segala rintangan dan menempuh segala dugaan bagi menyatupadukan
Ahli-ahli dan menegakkan Persatuan itu. Mereka telah berjaya mengumpulkan
hampir semua rakan- rakan sejawat mereka seramai lebih kurang 500 orang, dan
diakui oleh Pemerintah sebagai jurucakap tunggal bagi pihak Ahli-ahli yang
terdiri dari
jawatan
Anak Perahu (Forest Boatman) hinggalah ke Renjer Hutan Gred 1 (Forest Ranger
Special Gred). Jasa dan khidmat bakti mereka didalam usaha- usaha dan
perjuangan membela dan memperbaiki nasib, syarat pekerjaan dan kebajikan
Ahli-ahli dari segi gaji, elaun, rumah jabatan, pakaian seragam dan Iain-lain
sangatlah banyak, khasnya peranan mereka semasa Laporan Suruhanjaya Gaji Benham
dikeluarkan didalam tahun limapuluhan.
RUMAH PERSATUAN
Dengan usaha dan pengorbanan mereka juga
sebuah Rumah Persatuan yang cornel dan serba sederhana telah dapat didirikan di
Institut Penyelidikan Hutan Kepong (FRIM) didalam tahun 1950 dan dilengkapkan
dengan perabut dan alat-alat pejabat. Pada masa itu bangunan Persatuan itu menjadi
satu daripada bangunan yang boleh dikatakan indah di I.P.P Kepong.
PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI
Bagi menyesuaikan dengan kemajuan dan kehendak
perubahan masa dan keadaan, maka hayat Persatuan Pegawai-pegawai Hutan Melayu
Jawatan Rendah, Semenanjung Tanah Melayu terpaksa ditamatkan didalam tahun 1959
apabila Kerajaan membenarkan penubuhan Kesatuan Sekerja mengikut Ordinan
Kesatuan Sekerja 1959 selepas negara mencapai kemerdekaan pada 31Ogos l957.
Tugas dan perjuangan Persatuan itu tidak
putus. Tugas dan perjuangannya diambilalih dan diteruskan oleh Kesatuan
Pegawai-pegawai Hutan Melayu Semenanjung Tanah Melayu yang ditubuh dan
didaftarkan dibawah Ordinan Kesatuan Sekerja 1959 pada 19.12.1960 dengan Nombor
Pendaftaran 228 atas nama Kesatuan
Pegawai-pegawai Hutan Melayu Se Malaya (KPHMS) dan diubah kepada nama
"Malaysia Barat" atau KPHMMB didalam tahun 1963
apabila
Malaysia ditubuhkan dan seterusnya "Semenanjung Malaysia" atau
KPHMSM.
Perjalanan Kesatuan yang baru ditubuhkan itu
tidak mengalami sebarang kesukaran kerana dilaja dan dipimpin oleh pemimpin
veteran yang terdiri dari Allahyarham Sdr. Hj. Ramli bin Mat Selan, Allahyarham
Sdr. Hj. Mohamad bin Sell AH, Allahyarham Sdr. Abd. Kadir bin Jamaluddin,
Allahyarham Sdr, Hj. Shamsuddin bin Mohd. Isa, Allahyarham Sdr. Dato' Hj.
Othman bin Nordin, Allahyarham Sdr. Hj. Mohamad bin Tain dan Allahyarham Sdr.
Hi.
Shaari bin Rashid dan Iain-lain.
KEAHLIAN KESATUAN
Semasa Kesatuan ditubuhkan, keahliannya telah
meningkat kepada 800 orang. Untuk meluaskan keahlian dan menyatupadukan semua
peringkat pegawai- pegawai dan pekerja-pekerja berpakaian seragam didalam
Jabatan Hutan, didalam tahun 1969 Perlembagaan Kesatuan ini telah dipinda bagi
memasukkan jawatan Buruh Hutan iaitu Buruh Hutan Tetap, Juruhutan dan Ketua
Juruhutan (mulai 1.9.1985 jawatan itu disusun semula menjadi Pekerja
Hutan Gred II dan Pekerja Hutan Gred G I)
sekarang Pekerja Awam Khas atau PAK didalam keahlian KPHMMB. Dari tarikh itu
hingga sekarang KPHMSM mewakili keahlian yang terdiri dari jawatan Pekerja
Hutan (PAK), Pemandu Injin Sangkut (dulu Anak Perahu Hutan), Pengawas Hutan dan
Renjer Hutan seramai lebih kurang 2,500 orang didalam sepuluh cawangan iaitu
Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Kedali/Perlis/Pulau Pinang,
Kelantan, Terengganu, Johor, Melaka dan
Kepong. Didalam tahun 1994 apabila FRIM diletakkan dibawah Badan Berkanun,
Cawangan Selangor dan Cawangan Kepong disatukan menjadi Cawangan
Selangor/Wilayah Persekutuan, dengan itu KPHMSM mempunyai sembilan (9)
cawangan.
HASIL PERJUANGAN
Didalam tempoh 48 tahun yang lepas, KPHMSM
telah merasai pahit dan manis dalam menempuh peristiwa-peristiwa yang
bersejarah didalam usaha- usaha memperbaiki nasib dan kebajikan ahli-ahlinya.
Perjuangannya telah membawa banyak hasil kejayaan dan perubahan kepada
ahli-ahli khasnya seperti gaji, elaun, skim perkhidmatan dan perubahan pakaian
seragam dan kaum pekerja didalam sektor awam amnya, jika hendak disenaraikan
satu
persatu mengambil ruangan yang banyak.
Kejayaan yang terbesar dan sukar hendak dilupakan oleh seluruh ahli-ahli yang
lepas dan yang masih ada sekarang ialah kejayaan mendapatkan beberapa perubahan
gaji untuk ahli-ahli selepas pelaksanaan Laporan Suruhanjaya Benham seperti
dibawah ini.
PERMOGOKAN
Pertama hasil dari tuntutan gaji yang telah
membawa kepada permogokan oleh 1,000 orang Ahli-ahli Kesatuan ini didalam
seluruh negeri-negeri di Semenanjung Malaysia selama 36 hari dari 16 September
hingga 21 Oktobcr 1965 iaitu permogokan yang paling lama sekali pernah berlaku
didalam sejarah perkhidmatan awam negara ini, setelah semua usaha dan
ikhtiar bagi mencari penyelesaian kepada
tuntutan gaji itu melalui perundingan dengan pemimpin-pemimpin Kerajaan pada
masa itu iaitu Allahyarham Tuan Hj. Mohd. Alwi bin Sulaiman, selaku Ketua
Pengarah Perhutanan, Yang Mulia Allahyarham Tan Seri Tengku Mohammad bin Tengku
Besar Burhanudin, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Malaysia,
Y.B. Encik (sekarang Tun) Abd. Rahman Yaakob,
Menteri Tanah dan Galian, Malaysia, Y.A.B. Allahyarham Tun Abd. Razak bin Dato'
Hussein, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Almarhum Y.T.M Tunku Abdul
Rahman Putra Alhaj, Perdana Menteri Malaysia gagal dan menemui jalan buntu.
Kerajaan menolak tuntutan perubahan gaji dari Kesatuan ini dengan alasan bahawa
Kerajaan telah menubuhkan Suruhanjaya Gaji Suffian untuk mengkaji dan
menyelesaikan tuntutan-tuntutan gaji didalam sektor awam. Permogokan itu berakhir
dengan kejayaan mendapat perubahan gaji baru mulai dari 1.1.1965 mengikut
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6/1966 kepada Penjaga Hutan, Pengawas Hutan dan
Renjer Hutan sebanyak lebih kurang 30 % sctiap gred. Tindakan perusahaan itu
juga telah memecahkan rekod permogokan yang
paling lama didalam sektor awam di negara ini dan memaksa Kerajaan
meminda dasar dan keputusannya dan bersetuju menyelesaikan tuntutan gaji Kesatuan
itu dan tambahan gaji sementera kepada semua pekerja-pekerja Kumpulan IMG dan
Bahagian IV sebanyak RM12.50 sebulan dalam masa Suruhanjaya Gaji Suffian sedang
berjalan. Pemimpin, Jurucakap dan Jawatankuasa Bertindak Pusat bagi pihak
seluruh ahli-ahli dalam masa permogokan itu ialah Allahyarham Sdr. Hj.
Shatnsuddin bin Mohd. Isa (Yang Di Pertua), Allahyarham Sdr. Hj. Mohamad bin
Seh Ali (Naib Yang Di Pertua), Allahyarham Sdr. Hj. Ramli bin Mat Selan
(Bendahari Agung), Allahyarham Sdr. Dato' Hj. Othman bin Nordin (Ahli
Jawatankuasa Agung Terengganu) dan Sdr. Hj. Jamaluddin bin Mohd. Isa
(Setiausaha Agung). Semasa dipilih menjadi Setiausaha Agung pada 17.4.1964,
Sdr. Hj. Jamaluddin berjanji
untuk berjuang menaikkan gaji ahli-ahli walaupun RM1.00.
PELAKSANAAN LAPORAN SUFFIAN
Selepas itu ahli-ahli Kesatuan ini juga
mendapat perubahan gaji yang kedua hasil dari perjuangan menuntut pelaksanaan
Laporan Suruhanjaya Gaji Suffian mulai dari 1.5.1969 bagi Pekerja-pekerja
Bahagian IV dan IMG dan 1.1.1970 bagi Pegawai-pegawai Hutan, dan meletakkan
semua jawatan ahli- ahli Kesatuan ini didalam jawatan tetap dan berpencen.
Sebelum itu hanya jawatan Renjer Hutan saja jawatan berpencen.
Perubahan-perubahan gaji
seterusnya diperolehi dari perjuangan menuntut
pelaksanaan Laporan Suruhanjaya Gaji Ibrahim Ali yang membawa kepada Kerajaan
membuat dan melaksanakan Laporan Jawatankuasa Kabinet Pertama dan Kedua.
SKIM PERKHIDMATAN
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) telah
mengambil langkah meminda skim perkhidmatan asal yang telah berjalan semenjak
Gaji Benham.Perundingan keatas pindaan skim perkhidmatan Pengawas/Renjer Hutan
yang dicadangkan oleh JPA bermula dalam bulan Mac 1973, melalui Tuan Ketua
Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, juga telah membawa hasil yang
berfaedah kepada ahli-ahli. Skim Perkhidmatan Pengawas/Renjer Hutan baru telah
dikeluarkan dan dilaksanakan mulai 15.10.1974 membawa perubahan- perubahan yang besar keatas
perjawatan pegawai-pegawai berpakaian seragam dan mengubah sistem latihan di
Sekolah Perhutanan Kepong. Skim itu menghapuskan jawatan Penjaga Hutan (Forest
Guard), dan semua Penjaga-penjaga Hutan yang ada pada masa itu seramai 468
orang yang belum memiliki sijil lulus kursus Sekolah Perhutanan Kepong telah
diserapkan
kedalam jawatan Pengawas Hutan Tingkatan II
dengan perubahan gaji sekali.
Husin bin Omar dan Sdr. Abd. Ghafar bin Yob
Abd. Ghani. Saksi bagi pihak Kerajaan ialah Tuan (sekarang Dato') Mohd. Darus
bin Hj. Mahmud, masa itu Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan, Semenanjung
Malaysia. Keputusan Tribunal mengenai kes itu telah dikeluarkan
pada 28 Ogos 1986. Alhamdulillah keputusan itu
memberi kejayaan kepada Kesatuan ini. Tribunal bersetuju memberi skil
berasingan kepada Pengawas Hutan Tingkatan II (Biasa) D 10 dan Pengawas Hutan
Tingkatan I (Kanan) D 3 mulai 1.1.1976 dan gaji kebelakangan mulai 1 Jun 1985.
Pengawas-pengawas Hutan Tingkatan I yang telah meningkat secara automatik
kejawatan itu pada dan selepas 15.10.1974 yang layak,
Mahkamah syorkan kepada Kerajaan supaya
menaikkan mereka kejawatan Pengawas Hutan Tingkatan Kanan D 3 mengikut skim perkhidmatan baru yang
berkuatkuasa mulai 1.4.1984.
PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN PENGAWAS/RENJER HUTAN
Tindakan JPA meminda skim-skim perkhidmatan
semua jawatan-jawatan didalam
perkhidmatan awam, supaya sesuai dengan dasar dan prinsip Laporan
Jawatankuasa Kabinet, termasuk skim- skim perkhidmatan Pengawas Hutan, Renjer
Hutan dan Buruh Hutan. Kesatuan ini bernasib baik mendapat peluang campur
tangan dan mengambil bahagian didalam
perbincangan-perbincangan dengan pihak Dato' Ketua Pengarah Perhutanan,
Semenanjung Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) keatas rang
skim-skim perkhidmatan itu.
Hampir empat tahun Kesatuan ini berbincang
dengan pihak Ketua Pengarah Perhutanan dan JPA keatas empat rang-rang skim
perkhidmatan itu iaitu rang pertama diterima pada 7.12.1979, rang kedua
diterima pada 30.6.1982, rang ketiga pada 23.8.1982 dan keempat pada 23.11.1983. Akhirnya
mesyuarat perwakilan dua tahun sekali Kesatuan ini yang telah diadakan di
Kuantan dari 9 hingga 11 Disember 1983 telah bersetuju menerima rang skim perkhidmatan Pengawas
Hutan dan Renjer Hutan yang keempat itu dan rang skim perkhidmatan Pekerja
Hutan; sebagai tolak ansur yang terakhir, dan kerana harapan untuk mempertahankan skim
perkhidmatan yang lepas itu sangat
tipis.
Dengan itu skim perkhidmatan Pengawas Hutan
dan Renjer Hutan yang baru telah ikeluarkan oleh JPA pada 12.4.1984 dan
berkuatkuasa mulai 1.4.1984, dengan skil- skil gaji Pengawas-pengawas Hutan
Tingkatan Biasa D10, mengujudkan jawatan Pengawas Hutan Tingkatan Kanan D 3, Renjer-renjer
Hutan Tingkatan Biasa C 10, Tingkatan Kanan C 3 dan Tingkatan Tertinggi C 1.
Keluar bersama-sama dalam satu surat dengan skim-skim perkhidmatan Pengawas dan
Renjer Hutan ialah skim- skim perkhidmatan Pemelihara Hutan Gred 1 skil A 19, A
11, A 10, Ahli Ekonomi Hutan skil A 20, A 11, A 10, Penolong Pemelihara Hutan
B8, B 3 dan Pengajar Membalak C 14, C 6 dan C 3.
SKIM PERKHIDMATAN PEKERJA HUTAN
JPA juga telah mengeluarkan skim perkhidmatan
Pekerja Hutan pada 28.1985 berkuatkuasa mulai 1.9.1985. Skim perkhidmatan yang
baru itu Kerajaan bersetuju menyusun semula jawatan Buruh Hutan,
iaitu Buruh Am (Hutan) D 47, dan Buruh Hutan D 44 disatukan kedalam jawatan
Pekerja Hutan Gred II D 44, dan Juruhutan D 43 dengan Ketua Juruhutan D 42
disatukan kedalam jawatan Pekerja Hutan
Gred I D 42. Kejayaan itu bukan saja membawa perubahan kepada Buruh Hutan.
Juruhutan dan Ketua Juruhutan, tetapi tuntutan
kita supaya Buruh Am (Hutan) diserapkan
kedalam jawatan Pekerja Hutan juga telah
berjaya.
CABARAN
Cabaran kepada Kesatuan ini tidak berhenti
disitu saja, ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan dari Iawatan akhir
hendak bersara keseluruh negara,berkempen untuk memutar-belitkan hakikat yang
sebenarnya mengenai pengeluaran skim-skim perkhidmatan itu dengan tujuan supaya
ahli-ahli membenci kepada Kesatuan ini dan menghentikan pertolongan pungutan yuran
ahli-ahli melalui potongan gaji di pejabat. Hakikat yang sebenarnya bahawa sama
ada kita suka atau tidak, kita mahu terima atau tidak, JPA telah diarahkan oleh Kerajaan
supaya meminda semua skim-skim perkhidmatan supaya sesuai dengan dasar dan
prinsip Jawatankuasa Kabinet yang telah kita terima pelaksanaan skil gajinya;
dan meminda, mengubahsuai dan
mengeluarkan skim perkhidmatan baru adalah menjadi hak asasi Kerajaan
dan Ketua Jabatan, sengaja
dilindungkan.
Kesatuan ini terus mengadakan perjumpaan dan
perbincangan dengan pihak JPA dan Y. Bhg. Dato' Mohd. Darus bin Hj. Mahmud,
Ketua Pengarah Perhutanan yang baru mengenai perkara-perkara yang berbangkit
dari pelaksanaan skim perkhidmatan baru itu, khasnya mengenai masalah
peperiksaan dan masalah Pemandu Injin
Sangkut. Dengan pertolongan, jasa baik
dan ehsan Y. Bhg. Dato' Ketua Pengarah Perhutanan yang baru, satu buku teks mengenai subjek
peperiksaan I, II, III dan IV telah siap disusun oleh Unit Latihan Perhutanan
Kepong, dan Kesatuan ini mengambil tugas dan tanggungjawab mencetak buku teks
itu dan mengedarkan kepada ahli-ahli. Jabatan juga bersetuju mengadakan kursus-kursus pendek didalam
negeri-negeri untuk ahli-ahli yang menghadapi peperiksaan.
PERBICARAAN TRIBUNAL PERKHIDMATAN AWAM KEDUA
Dibawah skil gaji SSB mulai 1.1.1992 PAK
Pemandu Injin Sangkut Jabatan Hutan (PISJH) diberi skil gaji berbeza dengan PAK
(Pekerja Hutan) iaitu PAK (Pekerja Hutan) skil gaji R
10 dan R 9 skil gaji Pekerja Mahir dan PISJH gaji R 11 dan R 10 skil gaji
Pekerja SeparuhMahir.
Kesatuan ini tidak bersetuju dan mengemukakan
permohanan kepada Tribunal Perkhidmatan Awam meminta supaya PISJH juga
hendaklah diberi skil gaji Pekerja Mahir iaitu R 10 dan R 9.
Kes Tribunal Perkhidmatan Awam No. 21/1996
telah selesai dan berjaya diperingkat rundingan dengan JPA Bahagian
Perundingan.
Dengan kejayaan itu Kerajaan telah bersetuju
meletakkan PISJH dalam skil gaji Pekerja Mahir iaitu R 10 dan R 9 (sekarang
dibawah SSM R 6 dan R 3) berkuatkuasa mulai 25.11.1997
(sekarang R 3 dan R 6).
SKIM PERKHIDMATAN
Didalam masa 48 tahun yang lepas, Kesatuan ini
telah terlibat didalam
perbincangan/perundingan/perbicaraan di Tribunal Perkhidmatan Awam
bagi skim-skim perkhidmatan Pengawas dan
Renjer Hutan seperti dibawah ini :-
(1) Suruhanjaya Gaji Di Raja Suffian berkuatkuasa mulai 15.10.1974.
(2) Jawatankuasa Kabinet Pertama berkuatkuasa mulai 1.4.1984.
(3) Pindaan Skim Perkhidmatan berkuatkuasa mulai 1.10.1990.
(4) Sistem Saraan Baru (SSB) berkuatkuasa mulai 1.1.1995.
(5) Sistem Saraan Malaysia (SSM) berkuatkuasa mulai 1.7.2004 dan
pindaan melalui Pckeliling Perkhidmatan Bil. 36 Tahun 2005 bagi
Pengawas Hutan dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2006
bagi Renjer Hutan, kedua-dua pindaan itu berkuatkuasa mulai
1.7.2004.
PAKAIAN SERAGAM
Atas inisiatif Kesatuan ini, didalam tahun
1969 Kesatuan ini telah berjaya mendapat kelulusan dari Ketua Pengarah
Perhutanan, Semenanjung Malaysia bagi menukar jenis kain pakaian seragam Renjer
Hutan, Pengawas Hutan dan Penjaga Hutan kepada jenis kain lembut warna kuning jenis
"Tetron Viscose" iaitu perabahan dari kain keras warna kuning yang
telah dipakai semenjak penubuhan Jabatan Perhutanan dalam tahun 1901.
Mulai 13 Oktober 2001 bersempena dengan
Perayaan 100 tahun penubuhan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, juga atas
inisiatif Kesatuan ini sekali lagi berjaya secara rasmi menukar jenis kain
pakaian seragam Renjer Hutan, Pengawas
Hutan dan PAK (Pekerja Hutan dan PIS.TH) kepada jenis kain yang lebih baik seperti berikut :-
(i) Baju Kemeja - Kain
'Polyester Viscose Plain' warna Kelabu
Perhutanan 147 cm Kod
Kain NAV 127.
(ii) Seluar Panjang dan Bush
Jaket @ Kain 'Polyester Viscose Twill'
warna Hijau Perhutanan
147 cm Kod Kain NAV 475.
KUMPULAN WANG KEBAJIKAN AHLI
Mulai dari bulan Oktober 1969, Kesatuan ini
telah mengadakan Kumpulan- kumpulan Wang Pelajaran, Wang Kebajikan untuk Derma
Biasiswa kepada anak ahli-ahli, Derma Kematian Ahli, Derma Sakit dan Derma
Bersara untuk ahli-ahli.
BANGUNAN
Sungguhpun pemimpin-pemimpin Kesatuan ini
sibuk dengan tugas-tugas rasmi dengan Kerajaan dan usaha-usaha bagi membaiki
taraf hidup dan kebajikan ahli-ahlinya, mereka tidak lupa untuk membuat
persiapan bagi memiliki sebuah bangunan Kesatuan yang baru. Kumpulan Wang
Bangunan telah ditubuhkan dibawah satu peraturan yang didaftarkan oleh Tuan
Pendaftar Kesatuan Sekerja Malaysia dalam bulan April 1975. Tiap-tiap ahli membayar yuran bulanan sebanyak 25
sen untuk bangunan. Sekarang Kesatuan ini telah pun memiliki sebuah Bangunan
Baru, rumah kedai dua tingkat di No. 69, Man 17, Desa Jaya, Kepong, Selangor
Darul Ehsan berharga RM 65,000.00 dengan perabut didalam tahun 1975, dan telah
dirasmikan oleh Y. Bhg. Encik K.D. Menon, Bekas Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia
pada 1 Mei 1977, mengganti bangunan lama
di I.P.P Kepong yang tapaknya diambil balik oleh Kerajaan untuk Bangunan Kelab
Sukan FRIM dan Kantin. Hartanah bangunan pejabat sekarang bemilai RM
350,000.00.
KOPERASI
Pemimpin-pemimpin Kesatuan ini juga telah
berusaha bagi membina dan meninggikan ekonomi dan masa depan ahli-ahli secara
kolektif dan'sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit'. Sebuah Koperasi dengan
nama Koperasi Pegawai-pegawai Hutan Melayu Malaysia Berhad atau 'Koop
Perhutanan' telah ditubuhkan pada 24.3.1981 dan didaftarkan oleh Jabatan
Pembangunan Koperasi Malaysia pada 15.12.1981 dengan No.Pendaftaran Koop Negara
No. 56. Keahliannya terbuka
kepada semua pegawai-pegawai dan pekerja-pekerja hutan Melayu yang sedang
berkhidmat dan yang telah bersara. Satu saham berharga RM100.00. Sekarang Koop
Perhutanan mempunyai ahli-ahli seramai lebih kurang 630 orang dengan modal
saham berjumlah RM250,000.00.
PERANAN
KPHMSM DIPERINGKAT KEBANGSAAN DAN ANTARABANGSA
Nama Kesatuan ini bertambah harum dan terkenal
didalam dan diluar negara.
Kebolehan dan kejujuran pemimpin-pemimpinnya diakui oleh seluruh
Kesatuan-kesatuan Gabungan CUEPACS dan Kerajaan. Setiausaha Agungnya, Sdr. Hj. Jamaluddin bin Mohd. Isa
telah diberi kepercayaan dan penghormatan yang tinggi dipilih memegang jawatan
Setiausaha Agung CUEPACS selama 19 tahun berturut-turut dari tahun 1967 hingga
1986 dan Ahli Panel Mahkamah Perusahaan
Malaysia dan Setiausaha Pihak Pekerja
Majlis Bersama Kebangsaan dan Lembaga Pengarah KWSP dari rahun 1979 hingga 1986. Beliau juga dilantik oleh
Kerajaan Malaysia menjadi Wakil Pekerja Malaysia di Mesyuarat Pertubuhan Buruh
Antarabangsa (ILO) di Geneva bagi tahun 1982, 1984 dan 1986. Allahyarham Sdr.
Hj. Ismail bin Midarshah, bekas Yang Di Pertua Kesatuan ini telah dipilih
memegang jawatan Naib Yang Di Pertua CUEPACS dari 1983 hingga 1986.
KPHMMB telah melangkah setapak lagi kehadapan
di arena Kesatuan Sekerja
Antarabangsa setalah KPHMMB diterima masuk bergabung dengan International
Federation of Building and Woodworkers atau ringkasnya IFBWW pada 17.10.1991
setelah mendapat kebenaran untuk bergabung dari Tuan Ketua Pengarah Kesatuan
Sekerja Malaysia pada 16 Ogos 1991.Sekarang IFBWW dan nama barunya Building And
Woodworker International atau
BWI mempunyai 241 Kesatuan-kesatuan Gabungan dalam 106 negara-negara dan mewakili
11.7 juta ahli-ahlinya dalam sektor swasta
dan sektor awam. BWI beribu pejabat di Geneva, Switzerland. Sembilan
orang pemimpm-pemimpin KPHMMB telah menghadiri Kongres Sedunia IFBWW Yang Ke-19
di The Hague Natherland dari 4 hingga 8 Oktober 1993 dan Kongres Sedunia Yang
Ke-20 pada 3 hingga 5 September 1997 di Harare, Zimbabwe dan di Lille, Francis
dari 6-10 Disember 2009. Sdr. Hj. Jamaluddin bin Mohd. Isa pernah
dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Perhutanan BWI.
sy pun anak veteran 'forrest'..hihihi..lainkan kehidupan zaman forrest dulu...proud sgt2..
ReplyDelete