Tuesday, 20 March 2012

TAKLIMAT MENGENAI PERMOHONAN MENAIKKAN TARAF SKIM-SKIM PERKHIDMATAN


TAKLIMAT MENGENAI PERMOHONAN
MENAIKKAN TARAF SKIM-SKIM PERKHIDMATAN


Pendahuluan
1.1. Bagi menyesuaikan dengan kehendak dan keperluan semasa dan supaya taraf
       dan gaji semua gred jawatan ahli-ahli yang diwakili oleh Kesatuan didalam
       semua negeri-negeri didalam Semenanjung Malaysia sesuai dengan tugas dan
       tanggungjawab yang semakin banyak, berat dan profesional, maka Kesatuan ini
       mengambil keputusan untuk mengemukakan Kertas Kerja permohonan kepada
       Kerajaan.
2.1. Penyediaan Deraf Tiga Kertas Kerja (Memorandum) Permohonan Menaikkan
       Taraf Skim-skim Perkhidmatan seperti dibawah ini telah dibuat didalam
       Bengkel selama 2 had dan peserta-pesertanya terdiri daripada semua
       Jawatankuasa Agung, Pengerusi dan Setiausaha Cawangan-cawangan Kesatuan
       ini di Melaka. Bagi mengemas dan melengkapkan lagi kandungan
       memorandum-memorandum itu, dua bengkel Jawatankuasa Kerja telah
       diadakan di Ipoh dan di Kuala Terengganu.

Memorandum
3.1. Tiga Kertas-kertas Kerja (Memorandum) permohonan yang telah disediakan
       seperti dibawah ini telah dibentangkan diperingkat Jabatan Perhutanan didalam
       Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kesatuan ini dengan Dato' Ketua Pengarah
       Perhutanan Semenanjung Malaysia pada 14 Disember 2009 untuk kajian
       bersama (Jabatan dan Kesatuan) dan sokongan Jabatan sebelum dikemukakan
       kepada Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar Malaysia dan seterusnya
       kepada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA).

Permohonan
4.1. Secara ringkasnya Kesatuan telah mengcmukakan permohonan seperti berikut :-
       4.1.1. Kertas Kerja Permohonan Pindaan Skim Perkhidmatan, Gaji Dan
             Kemudahan Anggota Sektor Awam Bagi Jawatan Renjer Hutan, Jabatan
             Perhutanan Semenanjung Malaysia.

Gred Jawatan dan
Gaji Sekarang
Gaji Yang
Dipohonkan
Renjer Hutan Gred G17
G27
Renjer Hutan GredG22
G32
Renjer Hutan Gred G26
G36


4.1.2. Kertas Kerja Perraohonan Pindaan Skim Perkhidmatan Gaji Dan Skim
       Perkhidmatan, Gaji Dan Kemudahan Anggota Sektor Awam Bagi
       Jawatan Pengawas Hutan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.


Gred Jawatan dan
Gaji Sekarang
Gaji Yang
Dipohonkan
Pengawas Hutan Gred G11
G17
Pengawas Hutan Gred G14
G22



4.1.3. Kertas Kerja Permohonan Pindaan Skim Perkhidmatan, Gaji Dan
       Kemudahan Anggota Sektor Awam Bagi Jawatan Pekerja Awam Khas
       (PAK) Pekerja Hutan dan Pemandu Injin Sangkut Jabatan Perhutanan
       (PISJH) Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.


Gred Jawatan dan
Gaji Sekarang

GajiYang
Dipohonkan
PAK (PekerjaHutan&PISJH) Gred R3
G11
PAK (PekerjaHutan&PISJH) Gred R6
G14



4.1.4. Skim Perkhidmatan Khas
       4.1.4.1. Sekarang PAK (Pekerja Hutan dan PISJH) diletakkan didalam
               Skim Perkhidmatan Gunasama (Common User) bercampur
               dengan jawatan-jawatan PAK dalam Jabatan-jabatan lain.
               Untuk meraudahkan urusan permohonan perubahan gaji, elaun,
               jawatan dan supaya PAK Jabatan Perhutanan masuk dalam
               "Warga Jabatan Perhutanan" dalam Kumpulan "G" dan
               tidak boleh ditukarkan kepada Iain-lain Jabatan maka Kesatuan
               juga memohon Skim Perkhidmatan Khas untuk PAK Jabatan
               Perhutanan Semenanjung Malaysia.

No comments:

Post a Comment